[ad_1]

VIDEO: X50 Tengku Sulaiman adalah Proton ke-6 hasil dari ACE miliknya; Saga dan Satria Neo turut ditunjuk!

Minggu lalu Proton telah menyerahkan SUV segmen-C X50 ubahsuai khas kepada Y.A.M. Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Segala permintaan Tengku Sulaiman berkenaan ‘ditunaikan’ oleh subsidiari Proton sendiri untuk kenderaan tailor made sedemikian iaitu Automotive Conversion Engineering (ACE).

Ini bukan Proton pertama milik Tengku Sulaiman yang menerima sentuhan dari ACE dalam online video terbaharu yang disiarkan oleh Proton hari ini, ia sebenarnya adalah yang ke-enam! Menurutnya, Proton pertama yang dimilikinya adalah Saga generasi pertama dalam versi limosin (product-model limosin Proton juga sebenarnya adalah hasil kerja dari ACE), manakala untuk model sentuhan khas dari ACE yang dimiliki adalah Saga generasi pertama, diikuti Putra, Satria Neo, Proton Perdana 2.4L 2016, Proton X70 dan terakhir adalah X50 berwarna emas ini.

Online video ini turut menampilkan kereta-kereta yang disebut oleh Tengku Sulaiman berkenaan dapat dilihat sebuah Saga bernombor pendaftaran “PROTON 3” dengan kit badan yang sangat menarik, Satria Neo dengan package badan kereta lumba R3 Asia Touring Automobile Sequence (ATCS) yang seiras dengan Satria Neo R3 Lotus Racing, Perdana 2016 dan juga X70 – kesemuanya berwarna biru.

Menurut Tengku Sulaiman, biru adalah warna ‘bertuah’ baginya, manakala warna emas pada X50 ini adalah kontra berbanding Proton Putra miliknya yang berwarna perak.

“Saya bangga dengan ACE, sebab ia subsidiari Proton. Bila mereka kata mereka boleh buat (ubahsuai), saya jadi tertarik untuk buat mengikut kehendak saya. Sejak dari itu saya berminat untuk membeli kereta ubahsuai khas ini,” katanya. Tengku Sulaiman menjelaskan bahawa memandu memang menjadi kegemarannya, lebih-lebih lagi kereta dengan pelbagai gadget seperti Proton X50.

“Saya harap ia akan bertahan lama, syarikat tempatan kita boleh sampai ke peringkat antarabangsa,” tambah Tengku Sulaiman lagi.

Selain mengenakan warna emas yang tiada dalam pilihan katalog di bilik pameran, X50 milik Tengku Sulaiman ini turut diberikan jalur hitam berkembar merentangi bonet hadapan dan juga pintu hatch di belakang, bersama established rim pelbagai jejari dalam kemasan krom.

https://www.youtube.com/check out?v=J5IUqbMcliM

Perincian lain yang boleh dilihat pada sebelah luar X50 Tengku Sulaiman ini termasuk jalur warna kuning yang menggantikan jalur merah asal pada gril hadapan, lampu LED tambahan pada gril bawah, kemasan berbentuk helang pada bingkai nombor plet serta hiasan berbentuk harimau di atas bonet.

Manakala pada pintu hatch belakang ia menerima tambahan kemasan krom yang tebal berserta emblem Proton berwarna emas (di bawah pengelap cermin), manakala di kedua-dua belah tepi nombor plet terdapat lencana logo serta bendera Selangor. Sama seperti hadapan, bampar belakang juga mendapat tambahan dua jalur lampu LED.

Berdasarkan online video ini dan juga foto yang dimuatkan naik oleh Proton minggu lalu, X50 Tengku Sulaiman ini menerima kemasan kayu pada beberapa bahagian seperti stereng, papan pemuka dan konsol tengah, sementara tempat duduk menggunakan balutan kulit bersama jahitan warna kuning.

GALERI: Proton X50 sentuhan ACE milik Tengku Sulaiman

GALERI: Proton X70 sentuhan ACE milik Tengku Sulaiman

GALERI: Proton Perdana 2.4 2016 sentuhan ACE milik Tengku Sulaiman



[ad_2]

Supply backlink